onew menghempaskan beg sandangnya di atas meja. tindakannya mengejutkan rakan-rakannya.
jonghyun : weh, kau ape kes? nasib beg kau tu tak kene muke aku. kalau tak kau nak bayar ganti rugi muke aku yang kacak ni jadi senget sebab beg kau tu?
onew : kau kalau tak banyak soal tak boleh ke haa? aku tengah panas ni kau nak tambah2 lagi pulak.
taemin : wo wo, pe cer ni? cer cite sikit haa. manelah taw kitorang boleh tolong.
onew : aku nampak budak baru tu bukan main menggedik lagi dengan iu. baru masuk dah berani kacau awek sekolah ni haa. errr panas betul aku!
jonghyun : hahahaha pasal tu pun kau nak hangin macam ni? lantak die lah weh. ape kaitan pulak kau nak marah dorang tu berkawan ke berkahwin ke haa?
kata-kata jonghyun membuatkan onew bertambah marah kerana jonghyun seperti mempersendakannya.
onew : kau, kalau aku dah cop buku lima ni kat muke kau, ape pon tak dapat kang.
taemin : weh! chill ah. tak, sekarang ni ape masalah kau dengan budak baru tu?
onew : untuk pengetahuan korang, parents kitorang nak jodohkan kitorang after habes sekolah nanti. so, iu tu aku punye. budak baru tu entah mane2 datang main bedal je orang punye. perghhh! huh.
jonghyun : yeke? asal lah kau tak bagi taw kitorang awal2. dah ni kau tunggu ape je? pergilah pertahankan hak kau! kau tu anak jantan weh, jangan jadi pondan membebel je tapi tak buat ape2.
onew segera bangun meninggalkan kawan-kawannya dan terus berlari tanpa memberitahu kemana arah yang hendak ditujuinya.
tiba di persimpangan rumah iu, minhwan meninggalkan iu di situ.
iu : emmm thanks sebab belanje air dan teman saya sampai rumah.
minhwan : sepatutnya awak yang teman saya sampai rumah kan? tapi terbalik pulak haha. takpe lah saya kan lelaki memang ditugaskan untuk melindungi wanita pun hehe.
iu : hahaha ade2 je awak ni. balik elok2. jumpe esok. bye
minhwan : sudah semestinya jumpe lagi esok hee. bye.
iu terus masuk ke perkarangan rumahnya dan melambaikan tangan pada minhwan. minhwan membalasnya dan terus berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya.
sedang minhwan leka menikmati keindahan angin petang sambil berjalan, tiba-tiba bahunya direntap kasar oleh seseorang. minhwan terundur beberapa langkah kebelakang.
onew : seronok balik dengan bakal tunang aku?
minhwan : haa?? hello.. gile ke bro?
onew : sejak bile pulak mak aku lahirkan kau? aku bukan bro kau okay! sekarang ni aku nak bagi taw kau yang aku ni onew, bakal tunang iu. so aku tak nak tengok kau menggatal lagi dengan die okay!
minhwan : hahaha chill ah. aku dengan iu tu baru je kenal hari ni. mane lah aku taw yang die tu ade bakal tunang ke bakal suami ke. dan lagi satu, selagi iu belum jadi hak sesiape pun selagi tu kau takde hak nak halang aku kawan dengan die okay.
onew : budak baru memang kurang ajar eh?!
belum sempat minhwan menjawab satu tumbukan hinggap di mukanya. minhwan tersungkur dan mulutnya berdarah.
onew : itu amaran pertama untuk kau!
onew terus berlalu pergi meninggalkan minhwan di situ.
di rumah pelajar baru
hongki : adoyai, mane si minan ni pergi pulak. dah nak malam dah kot.
hongki mundar mandir di dalam rumah sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal kerana risau tentang minhwan yang masih belum pulang lagi.
jaejin : weh, aku nak tengok tv pon tak senang macam ni. kau kehulu ke hilir. duduk diam2 boleh? kejap lagi balik lah die. die bukan budak umur 5 tahun.
hongki : kau memang takde perasaan murni macam aku.
jonghoon : hahahaha memang kau lah paling suci dan murni dalam rumah ni. sebab tu kau tak pernah ade gf. kahkah.
hongki : hoi! aku tak pernah ade gf sebab aku malas je. kalau aku nak petik jari je weh belambak aku dapat. huh.
seunghyun : emmm ye la tu. padahal kau tak pandai ambik hati perempuan. baru masuk sekolah hari ni pun kau dah buat budak pompuan tu marah kau kan? alahhh aku lupe pulak nama kawan sojin tu.
hongki : iu lah! die tu dengki tu sebab aku tegur sojin je tak tegur die.
sedang mereka rancak berbual. pintu mereka di ketuk. mereka semua serentak memandang kearah pintu. hongki bangun menuju ke arah pintu masuk mereka dan memulas tombol pintu. daun pintu pun di kuak. kelihatan minhwan sedang berdiri dihadapan pintu dengan bajunya sedikit kotor dan mulutnya masih ada sisa darah. hongki yang terkejut melihat keadaan minhwan itu segera menariknya masuk kedalam rumah dan bertanyakan soalan bertalu-talu kepada minhwan.
hongki : weh, kau apesal ni? asal kau balik lambat? kau pergi mana ha? kau taw tak aku risau gile pasal kau? kau main pasir ape sampai baju kau kotor ni? mulut kau lebam ni apehal? kau tak reti2 nak jawab ke aku tanya?
minhwan : boleh berhenti cakap tak?
hongki serta merta terdiam.
minhwan : aku lambat sebab aku tolong iu tadi. yang kotor dan lebam ni sebab aku terjatuh lah tadi. dah la weh aku penat sangat ni so aku nak naik mandi dan tidur. besok aku nak pergi sekolah awal sikit so aku pergi dulu sebelum korang taw. nite.
minhwan berjalan dengan lemah ke biliknya. mereka semua hanya memandang minhwan yang semakin hilang dipandangan.
dirumah iu
boa : iu.
iu : ye mummy.
boa : kamu balik dengan siapa tadi?
boa merupakan ibu kepada iu yang sangat tegas dan begitu menitik beratkan semua hal berkaitan anak-anaknya terutama iu anak bongsunya yang berlainan daripada anak-anaknya yang lain. iu sahaja satu satunya anaknya yang suka membuat keputusan tanpa memberitahu dan berbincang dengannya. itu membuatkan boa memberi perhatian yang lebih tentang segala yang dilakukan oleh iu.
iu : saya balik dengan kawanlah.
iu jawab dengan bersahaja dan terus ke dapur. iu mencapai gelas dan menuang air kedalam gelas untuk diminum.
boa : mummy taw la kawan tapi siapa? selalu balik dengan sojin.
iu : kawan baru. sojin balik dulu.
boa : mummy tak suke iu balik dengan budak lelaki lain selain onew.
wajah iu yang bersahaja terus berubah. iu dan boa saling berpandangan. pandangan tajam iu membuatkan boa bersuara terlebih dahulu.
boa : kamu taw kan family kite dengan family die tu dah janji nak jodohkan korang berdua. kalau tak nanti susah lah kita. dah la syarikat family dorang tu tulang belakang atas kejayaan syarikat kita. so mummy tak nak kamu rosakkan semuanya. kalau onew nampak tadi tu dan bagi taw family die habis lah mummy.
iu : huh! mummy memang lagi sayangkan syarikat mummy tu dari saya kan? ingat saya kisah sangat pasal harta mummy ni ha? this is my life! mummy takde hak nak tentukan saya untuk kahwin dengan sape2. dan lagi satu mummy kene taw, sape2 saje saya nak kawan itu hal saya takde kaitan dengan mummy.
iu meletakkan gelasnya di atas meja dan berlari naik ke bilik nya. boa sangat marah dengan sikap iu yang langsung tidak mahu mendengar kata-katanya sejak dulu lagi.
keesokannya di sekolah
minhwan berjalan dengan pantas untuk naik ke kelas mereka yang berada di tingkat dua. dia ingin berjumpa iu untuk bertanyakan tentang "bakal tunang iu" yang dia sendiri masih tidak pasti sama ada betul atau tidak. sebelum menaiki tangga untuk ke kelas minhwan harus melalui bilik para guru terlebih dahulu.
cikgu shiroshi : minhwan!
langkah minhwan mati disitu. dia toleh kebelakang dan terus tunduk hormat pada cikgu shiroshi.
minhwan agak terkejut kerana cikgu shiroshi mengingati namanya.
cikgu shiroshi : masuk ke bilik saya sekarang.
minhwan hanya menurut sahaja tanpa berkata apa-apa. masuk sahaja di bilik cikgu shiroshi kelihatan sebuah meja yang bersaiz sederhana yang menjadi tempat untuk cikgu shiroshi menulis, membaca dan menaip disitu. terdapat juga beberapa rak buku di sudut belakang bilik itu. bilik itu kelihatan kemas walaupun tidak berapa besar namun selesa untuk seorang sahaja yang menggunakannya. di atas meja tertulis " Head Teacher Discipline Miss Shiroshi" .
cikgu shiroshi : duduk lah.
minhwan segera mengikuti arahan yang di berikan.
cikgu shiroshi : saya dengar kamu tolong iu menyiapkan tugasan die semalam. betul ke?
minhwan agak tekejut dengan pertanyaan itu. dia tidak tahu sama ada harus menceritakan kebenaran atau berbohong. dia takut sekiranya dia menjawab 'ya' itu akan membuatkan cikgu shiroshi lebih marah kepada iu. tetapi dia jugak tidak berani untuk menipu mata dihadapannya ini yang seperti mengetahui segala yang bermain difikirannya.
minhwan : err emm.. memang betul, tapi saya yang nak tolong die cikgu.
cikgu shiroshi : okay. nampaknya kamu macam kesian dengan si iu tu ya? kalau kamu betul2 kesiankan die mesti kamu taknak saya denda die lebih teruk lagi kan?
minhwan mengangguk teragak-agak. cikgu shiroshi tersenyum melihat riak wajah minhwan.
cikgu shiroshi : kalau macam tu saya takkan denda die lagi tapi, saye nak kamu buat sesuatu untuk saye.
minhwan : apa yang cikgu nak saya tolong?
di kelas
hongki : hey sojin, hey iu.
sojin : hey. awal korang sampai.
iu hanya membuat seperti hongki dihadapannya itu adalah dinding. hongki menjeling pada iu apabila iu sudah membelakangkan dia. jonghoon yang sedang duduk menampar kaki hongki yang masih berdiri memberi isyarat agar menjaga kelakuannya.
hongki : a'ah awal la jugak tapi tak boleh kalahkan si minhwan ni ha. die lagi awal. tolong cuci tandas sekolah kot. hahahaha.
minhwan : hahahaha~~ langsung tak lawak!
sojin tergelak melihat telatah mereka. pintu kelas mereka dibuka. mereka semua memikirkan cikgu matapelajaran pertama mereka sudah tiba namun ketua pelajar, kevin yang masuk ke kelas mereka.
kevin : iu, minhwan! cikgu shiroshi nak jumpa sekarang.
iu : huh? kenapa?
kevin : entahlah. cepat sikit die tunggu korang tu.
iu memandang minhwan yang terus berjalan tanpa memandangnya. iu mengikuti langkah minhwan. sampai sahaja di bilik cikgu shiroshi mereka berdua berdiri memandang cikgu shiroshi.
cikgu shiroshi : kenapa kamu paksa minhwan buat kerja kamu semalam?!
iu : haaa?? bile mase saye pakse die? die yang mahu tolong saye. betul tak minhwan?
minhwan hanya tunduk dan tidak menjawab pertanyaan iu.
cikgu shiroshi : kamu terangkan minhwan ape yang berlaku semalam.
minhwan : emm semalam waktu saye nak balik tu emm iu tahan saye. die suruh saye buat kerja die sebab emmm die kate kitorang punca die kene denda semalam.
minhwan tergagap-gagap menjawab soalan cikgu shiroshi itu. iu sangat terkejut dengan kenyataan palsu minhwan itu.
iu : omG!! saye fikir awak ni memang baik tapi saye salah. i blame myself because i believe u man! huh.
cikgu shiroshi : hello! sini bukan tempat nak berdrama. sekarang ni dah terbukti kamu cuba menipu dan kamu buli pelajar baru. saya gantung persekolahan kamu selama seminggu. ambil surat ni bagi pada parents kamu. sekarang kamu berdua boleh keluar.
minhwan terkejut dengan keputusan cikgu shiroshi. dia cuba menyatakan sesuatu tetapi suaranya seperti tidak mahu keluar. iu merentap surat itu dengan kasar dari tangan cikgu shiroshi dan berjalan dengan pantas menuju ke kelas mereka. minhwan cuba mengejarnya tetapi iu lebih pantas meninggalkannya.
sampai sahaja di kelas. cikgu toushiro sedang mengajar. iu bergegas ke tempat duduknya dan mengemas barang2nya.
sojin : iu, kenapa ni?
iu tidak memperdulikan pertanyaan sojin dan terus menggalas begnya untuk keluar dari kelas itu.
cikgu toushiro : iu, kamu hendak kemana.
iu : saya kene gantung sekolah seminggu.
semua pelajar terkejut dengan pengakuan iu. minhwan baru sampai dan masuk ke dalam kelas. iu memandang minhwan dengan perasaan benci dan marah. kemudiannya dia terus keluar dari kelas dan sengaja melanggar minhwan. cikgu toushiro segera mengejar iu.
cikgu toushiro : iu, listen to dad first. what happened?
iu : saye kene gantung. not clear huh? so saye nak balik rumah dan tidur. daddy can continue mengajar dorang semua and just ignore bout me okay!
cikgu toushiro : iu.. sabar dulu.
cikgu toushiro menarik tangan iu. dari jauh cikgu shiroshi sedang memerhatikan tingkah laku mereka. kemudian dia segera masuk ke biliknya dan menghempas pintu dengan kuat. dia tidak sanggup lagi untuk melihat cikgu toushiro bersama iu.
di kantin sekolah
sojin : weh minhwan asal iu tibe2 kene gantung sekolah? die buat salah ape?
minhwan : entah.
hongki : kau jangan nak jawab sambil buat muke ketat kau tu. cube time sojin tanya tu jawab elok2 macam aku ni ha sambil senyum lagi.
jaejin : kau tu jawab nak menggatal hahaha.
minhwan : diamlah weh! weh sojin, kau dah sekolah sini lame kan? kau mesti taw perangai orang2 kat sini kan? kau taw tak kenapa cikgu shiroshi tu anti sangat dengan iu?
sojin : hmmm entahlah. memang la nampak die tu anti dengan iu tapi... tak taw la pulak asal. kenape?
minhwan : kalau aku bagitaw korang sumthing, korang kene janji yang ini rahsia antara kita berlima je okay?
sojin : ehem2..
minhwan : eh eh berenam okay?
mereka semua memberi jawapan 'okay' dengan serentak.
persoalannya :
mengapakah cikgu shiroshi tidak menyukai iu? apakah rahsia yang akan dikongsi oleh minhwan dengan rakan-rakannya? adakah iu tidak akan berkawan lagi dengan minhwan?
wait for complicated love story ep 3
No comments:
Post a Comment